Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pelawaan Permohonan Bagi Pengisian Kekosongan Jawatan Terbuka Gred 29, Di Sektor Perancangan Strategik Dan KPI, BPSHA, KPM

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
PELAWAAN PERMOHONAN BAGI PENGISIAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29 (TERBUKA), DI SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK DAN KPI, BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred 29 (Terbuka) di Sektor Perancangan Strategik dan KPI, BPSHA, KPM. Maklumat kekosongan jawatan adalah seperti berikut :
 

Bil.

Nama Jawatan Kosong

Gred

Bilangan Kekosongan

1.     

Penolong Pegawai Tadbir

29 (Terbuka)

1

 

4.      Bersama – sama ini disertakan: -
 
i. pdf Lampiran A (179 KB) : Iklan Kekosongan Jawatan;
ii. pdf Lampiran B (102 KB) : Borang Permohonan Jawatan; dan
 
5.      Sehubungan itu, Ahli Kumpulan Pelaksana yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut serta mengemukakan permohonan yang lengkap ke bahagian ini selewat-lewatnya pada 08 Disember 2023 (Jumaat) melalui Ketua Jabatan masing-masing ke alamat seperti berikut:
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
62604 Putrajaya.
(u.p.: Sektor Pentadbiran dan Kewangan)
 
6.         Untuk makluman, hanya calon yang berjaya pada peringkat saringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan calon yang tidak dipanggil temuduga selepas satu (1)  bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap sebagai tidak berjaya. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Roshida binti Hamzah ditalian 03-8884 6218 (//roshida.hamzah@moe.gov.my/">roshida.hamzah@moe.gov.my) / Encik Mohamad Farizu bin Mohd Nassir di talian 03-8884 6129 (//farizu.nassir@moe.gov.my/">farizu.nassir@moe.gov.my).
 
7.         Kerjasama serta perhatian  YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan  berhubung perkara ini adalah amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Hits : 3485