Buat julung kalinya, KESUMA melalui HRDC (Human Resource Development Corporation) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membawakan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2024 sejajar dengan aspirasi pendidikan STEM dan TVET di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
HRDC dengan sukacitanya menawarkan 25,000 kursus latihan percuma kepada semua rakyat Malaysia sempena acara bersejarah ini.
24 hingga 30 Jun 2024
Manfaatkan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anda melalui inisiatif bersama KESUMA, HRDC, dan KPM.
Pada 30 Jun 2024, terdapat juga kelas percuma oleh pendidik cemerlang KPM dalam bidang TVET dan STEM bertajuk The Marketing Process dan AI:Next Gen Recognition.
Mulakan perjalanan pembelajaran dan pembangunan anda sekarang di www.nationaltrainingweek.gov.my.
Hits : 13218