Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) KPM Bilangan 1 Tahun 2023
06 Oktober 2023 | Jumaat
Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri (MJEPN) Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2023 telah berlangsung pada Jumaat.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ini telah dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan, 13 orang YB EXCO Pendidikan Negeri dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
MJEPN adalah platform untuk ahli mesyuarat dalam kalangan YB EXCO Pendidikan mendapat maklumat berkaitan perkembangan pendidikan khususnya melibatkan dasar pendidikan negara. Ia juga memberi peluang kepada YB EXCO Pendidikan untuk mengetengahkan perkara-perkara berbangkit berkaitan pembangunan dan operasi pendidikan di negeri masing-masing.
MJEPN adalah usaha KPM untuk menjadikan komunikasi antara semua pemegang taruh pendidikan negara lebih efektif. Ia selaras dengan salah satu daripada Teras Nadi Kecemerlangan KPM iaitu untuk memperkasa komunikasi serta memastikan penyampaian maklumat yang tepat, telus dan pantas.
KPM sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan di setiap peringkat terutamanya yang melibatkan kesaksamaan ekuiti dan akses pendidikan untuk semua murid. Pendidikan terbaik adalah milik semua merentasi batasan kepercayaan, agama, kaum dan politik. Tiada siapa yang akan dipinggirkan dalam pendidikan manusiawi demi membangun Malaysia MADANI.
Hits : 663