Menteri Pendidikan Lawat PPS Masjid Putra Heights, Pastikan Keselamatan, Kesejahteraan Dan Kebajikan Warga KPM Terpelihara
02 April 2025 | Rabu
Pagi ini Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights yang menempatkan mangsa terjejas kejadian kebakaran paip gas.
Tujuan utama lawatan adalah untuk memastikan keselamatan, kesejahteraan serta kebajikan murid, guru dan warga institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) yang terjejas terpelihara.
YB Menteri Pendidikan telah mengumumkan bantuan khas RM1,000 untuk lebih 100 orang murid, guru dan warga institusi pendidikan KPM yang terjejas.
Khidmat sokongan psikososial dan pembelajaran juga disediakan bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan warga KPM terperlihara.
YB Fadhlina Sidek telah turut meluangkan masa menyantuni semua mangsa terjejas yang ditempatkan di PPS Masjid Putra Heights.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang telah memberikan yang terbaik bagi menangani situasi ini dan memastikan keselamatan semua yang terjejas.
Hits : 108