Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Memohon Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Instituti Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA adalah selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dicapai melalui Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web http://upu.mohe.gov.my dan permohonan dibuka secara berkala di antara bulan Januari hingga April setiap tahun.

Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja. Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus kepada institusi pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh institusi berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di http://upu.mohe.gov.my

Hits : 3759