Majlis Wacana Kepimpinan Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
04 November 2024 | Isnin
Sekitar penganjuran Majlis Wacana Kepimpinan Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek pada Isnin.
Majlis wacana ini melibatkan kepimpinan pelajar IPGM dari 27 kampus IPGM di seluruh negara. Ia memberi peluang kepada para peserta untuk berkomunikasi secara terus dengan YB Menteri Pendidikan dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Wacana ini juga adalah wadah untuk menyuarakan pendapat dan cadangan yang merangkumi aspek pengajian, kehidupan dan pembangunan siswa guru selain merapatkan hubungan dan kerjasama kepimpinan pelajar IPGM di seluruh negara.
Dalam Belanjawan 2025 yang baharu diumumkan, elaun sara hidup siswa guru dinaikkan kepada RM530 sebulan berbanding RM430 sebelum ini. Ia adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI memastikan kebajikan siswa guru terus diberi perhatian dan aspek pembangunan yang holistik diperkasakan.
Siswa guru adalah aset penting negara, pelapis pendidik anak bangsa.
Hits : 296