Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Temu Mesra YB Menteri Pendidikan Bersama-sama Dengan Calon Peperiksaan STAM Tahun 2023

Majlis Temu Mesra YB Menteri Pendidikan Bersama-sama Dengan Calon Peperiksaan STAM Tahun 2023

 

26 Mac 2024 | Selasa

 

Sekitar penganjuran Majlis Temu Mesra YB Menteri Pendidikan Bersama-sama Dengan Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 yang diadakan di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor pada hari ini.

 

Dalam ucapannya, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menekankan peri pentingnya untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan laluan terbaik untuk calon peperiksaan STAM meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sijil STAM diiktiraf untuk kemasukan ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan institusi-institusi pengajian tinggi awam dalam negara.

 

Calon STAM turut mempunyai peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

 

Keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 adalah cemerlang dengan Gred Purata Nasional (GPN) 3.09. Tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan STAM Tahun 2023 dan selamat maju jaya.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 238