Majlis Perasmian Pembukaan Kelas Prasekolah Harmoni SJKC Sam Chai, Ipoh, Perak
18 Januari 2024 | Khamis
Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah merasmikan Pembukaan Kelas Prasekolah Harmoni SJKC Sam Chai, di Ipoh, Perak pada Khamis.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited untuk memperluaskan akses pendidikan awal kanak-kanak. Ini bagi memastikan peningkatan berterusan enrolmen prasekolah.
Selain peluasan berterusan prasekolah, inisiatif Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) turut disediakan bagi manfaat semua murid.
Hits : 1262