Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Perasmian Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan

Majlis Perasmian Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan

 

06 Februari 2024 | Selasa

 

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Aminuddin Harun dan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan pada Selasa lalu.

 

Program yang telah mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records sebagai program dengan murid sekolah teramai berpakaian tradisional ini telah berlangsung meriah dan penuh warna-warni di SMK Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan.

 

Kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan yang ditunjukkan menerusi penganjuran program ini adalah elemen penting yang ingin diterapkan dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia adalah teras utama membangun Malaysia MADANI.

 

Turut dilangsungkan dalam program ini adalah agihan BAP peringkat Negeri Sembilan berjumlah RM26,458,050. Ia memberi manfaat kepada 176,387 orang murid di 478 buah sekolah.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 690