Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Penyerahan Projek KPM Bagi Bangunan PPKI SMK Bagan Terap dan Pembangunan Bangunan Sekolah Daif SK Sg Hj Dorani

Majlis Penyerahan Projek KPM Bagi Bangunan PPKI SMK Bagan Terap dan  Pembangunan Bangunan Sekolah Daif SK Sg Hj Dorani

 

19 Ogos 2024 | Isnin

 

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Bangunan PPKI SMK Bagan Terap dan Pembangunan Bangunan Sekolah Daif SK Sg Hj Dorani pada Isnin.

 

Inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif adalah usaha berterusan KPM untuk meningkatkan akses pendidikan bagi manfaat semua murid.

 

Sehingga bulan Ogos 2024, pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif melibatkan sebanyak 1,075 buah sekolah di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 710 projek telah siap sepenuhnya, 164 projek dalam pembinaan dan baki 201 projek lagi di peringkat prabina.

 

Manakala pembinaan Semula Bangunan Daif SK Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor pula merangkumi kerja meroboh dan membina semula bangunan daif sedia ada, kemudahan mengikut piawai dan mesra orang kurang upaya (OKU), perolehan peralatan dan kelengkapan serta pembinaan infrastruktur.

 

Pembinaan gantian penuh bangunan enam bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bagan Terap, Selangor pula membuktikan komitmen KPM untuk memastikan akses dan ekuiti kepada pendidikan berkualiti bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

 

Secara keseluruhan, terdapat sebanyak 2,762 buah sekolah yang melaksanakan PPKI di seluruh negara dengan jumlah seramai 104,787 orang MBPK.

 

Pendidikan manusiawi memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid dan tiada siapa yang terpinggir.

 

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 236