Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

07 Februari 2024 | Rabu

 

Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh pada Rabu.

 

Dalam majlis yang dianjurkan di SK St Mary, Kuala Lumpur ini, YB Wong Kah Woh telah menyampaikan cek cura BAP berjumlah RM30,434,850 kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), YBrs En Roslan Bin Abu Hassan. Ia memberi manfaat kepada 202,899 orang murid di 289 buah sekolah.

 

Secara keseluruhan, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sejumlah RM788 juta untuk inisiatif BAP yang memberi manfaat kepada lebih 5 juta orang murid.

 

KPM komited untuk menyelesaikan agihan BAP kepada semua murid sebelum hujung minggu ini supaya persediaan menghadapi sesi akademik persekolahan yang baru dapat dilakukan dengan sewajarnya.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 414