Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Penutupan Pertandingan Robotik Kebangsaan 2023

Majlis Penutupan Pertandingan Robotik Kebangsaan 2023
 
07 September 2023 | Khamis
 
Majlis Penutupan Pertandingan Robotik Kebangsaan 2023 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad telah berlangsung pada hari ini, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.
 
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyempurnakan majlis ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.
 
Pertandingan Robotik Kebangsaan 2023 telah berjaya menarik penyertaan lebih 300 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
 
Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk minat murid mempelajari Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selain mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif. Ia turut dapat memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan murid.
 
KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam STEM termasuk menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang menyeronokkan.
 

Hits : 283