Majlis Pemasyhuran SMK Syed Hussein
23 Mei 2024 | Khamis
Pemangku Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran SMK Syed Hussein yang sebelum ini dikenali sebagai SMK Arau pada Khamis.
DYMM Tuanku dalam titah ucapannya telah menyeru semua pihak untuk berusaha keras dan berkerjasama erat bagi mentransformasikan pendidikan negara.
Pada waktu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang giat mereformasikan pendidikan negara menerusi enam pasukan petugas khas yang merangkumi pengstrukturan semula prasekolah, intervensi kurikulum, pendidikan digital, Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
Hits : 371