Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Pelancaran Program Anti Buli Peringkat Daerah Kerian Tahun 2024 di SMJK Krian, Parit Buntar, Perak.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Anti Buli Peringkat Daerah Kerian Tahun 2024 di SMJK Krian, Parit Buntar, Perak.

 

Dalam ucapan perasmian beliau, YB Menteri Pendidikan menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berkompromi terhadap perilaku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya. Beliau memberi penekanan kepada kepentingan fungsi kaunseling di sekolah, peringatan berterusan dan komitmen semua pihak untuk menangani buli.

 

Pada November 2023, KPM telah melancarkan garis panduan khusus untuk menangani buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan. Salah laku buli boleh dilaporkan menerusi pelbagai saluran yang disediakan KPM.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

 

Hits : 26