Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Pelancaran Pelan Transformasi ICT KPM

Dokumen Pelan Transformasi ICT (ITP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sepanjang tempoh lima (5) tahun iaitu bermula dari tahun 2019 hingga 2023 telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dr. Maszlee Bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia pada 14 Januari 2019 di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia.

Dokumen ini juga memberi gambaran persekitaran ICT masa hadapan yang ideal dan sejajar dengan inisiatif strategik dan operasi yang menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia dan usaha Kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan operasi ke tahap yang lebih tinggi.

Selain memperincikan persekitaran ICT di masa hadapan dan inisiatif yang dikenal pasti, pelan ini juga mengambil kira strategi pelaksanaan, garis masa keseluruhan dan usaha yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan semua inisiatif tersebut sepanjang tempoh 5 tahun akan datang.

Muat Turun Ringkasan Eksekutif

Hits : 4432