Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025

Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan  Malaysia (PPPM) 2013 - 2025
 
22 Ogos 2023 | Selasa
 
Telah berlangsung pada hari ini Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
 
Setelah sedekad PPPM 2013 - 2025, pelbagai pencapaian penting yang telah berjaya diraih untuk mentransformasikan pendidikan negara. Antara pencapaian utama termasuk peningkatan akses pendidikan yang dapat dilihat di setiap peringkat, projek sekolah daif di seluruh negara yang berjaya disiapkan dan jurang pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bandar dan luar bandar yang semakin mengecil.
 
Pelaksanaan PPPM 2013 - 2025 kini dalam pecutan akhir menuju ke garis penamat bagi memastikan setiap anjakan yang sedang diusahakan mencapai matlamat yang ditetapkan.
 
 

Hits : 594