Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

12 Mac 2024 | Selasa

 

Pada hari ini telah dilangsungkan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.

 

Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang bulan yang mulia ini seperti Jaulah Ramadan, agihan Bubur Lambuk, tazkirah, sumbangan kepada asnaf, ziarah kasih dan tadarus Al-Quran.

 

YB Menteri Pendidikan turut memberi penekanan kepada penghayatan Hadis 40 dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga KPM yang beragama Islam serta kepentingan untuk terus bersolidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

 

Adalah diharapkan agar aspirasi bulan Ramadan yang mulia dapat diterjemahkan oleh seluruh warga KPM dalam bentuk tindakan dan gerak kerja bersama selain mendorong produktiviti dalam amal dan tugasan.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 163