Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023
08 September 2023 | Jumaat
Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023.
Majlis yang berlangsung meriah pada Jumaat telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Tuan Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Lim Hui Ying.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited menjayakan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan dan mengukuhkan promosi kesihatan bersama-sama rakan strategik dalam kalangan agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti.
Hits : 524