Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun 2024

Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun 2024

 

04 Jun 2024 | Selasa

 

Majlis Konvokesyen Persijilan Kemahiran Malaysia Berkeperluan Pendidikan Khas Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Who di Putrajaya pada Selasa.

 

Majlis ini meraikan seramai 403 orang graduan daripada Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Shah Alam, SMPKV Indahpura, SMPKV Kuantan, SMPKV Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Persekutuan.

 

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu pengiktirafan kemahiran kepada individu dalam bidang yang ditawarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Pengiktirafan SKM adalah berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan.

 

Kejayaan memperolehi SKM membuktikan kecemerlangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam bidang kemahiran yang diceburi.

 

MBPK yang memperolehi SKM terbukti mempunyai kebolehpasaran pasaran yang tinggi melebihi 95% selepas bergraduat.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited memastikan akses Pendidikan berkualiti dapat disediakan untuk MBPK.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 187