05 September 2024 | Khamis
Hari pertama Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Usai Majlis Ketik Masuk (clock-in) dan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh serta Pengurusan Tertinggi, Ketua Setiausaha KPM, YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi terus melakukan lawatan kerja ke tiga buah sekolah di negeri Selangor.
YBhg Datuk Ruji telah melihat sendiri keadaan di SK Bangi, SMK Bandar Seri Putra dan melawat tapak pembangunan sekolah baharu SMK Bandar Bukit Mahkota.
Antara perkara yang diberi perhatian oleh beliau adalah usaha untuk menangani isu sekolah padat serta pemantauan projek pembangunan yang sedang berlangsung.
Hits : 861