Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra Bersama-sama Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra Bersama-sama Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


1 April 2024 | Isnin

 

Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra Bersama-sama Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan di SK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur pada Isnin.

 

Majlis iftar yang dianjurkan dengan kolaborasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan FGV Holdings ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yang baru belajar berpuasa di bulan Ramadan.

 

Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Ramadan adalah madrasah terbaik untuk mendidik peribadi anak-anak selain memupuk penghayatan mereka dalam menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

 

Majlis ini yang turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan media adalah platform penting untuk mengukuhkan hubungan yang terjalin antara kementerian dan pihak media. KPM sentiasa menghargai sumbangan besar pihak media yang membantu menyampaikan maklumat secara telus, tepat dan bertanggungjawab untuk manfaat masyarakat.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 206