Majlis Bicara Profesional Kurikulum Persekolahan 2027
06 Disember 2023 | Rabu
Komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasa pendidikan negara dizahirkan menerusi pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
Kurikulum Persekolahan 2027 bermatlamat untuk melahirkan insan sejahtera yang mengamalkan kehidupan seimbang dalam segala aspek, sentiasa membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, menghargai perpaduan dan keharmonian kaum serta mampu membangunkan hubungan sosial yang sihat dalam lingkungan kehidupan.
Perubahan Kurikulum Persekolahan 2027 adalah berdasarkan kepada dapatan Sesi Libat Urus, Resolusi Persidangan dan Kajian Kurikulum bagi memastikan kurikulum yang fleksibel, relevan dan kontekstual ke arah mencapai budaya pendidikan sepanjang hayat, melahirkan generasi yang berdaya tahan.
Di samping itu, perubahan ini juga dirancang berlandaskan dasar negara, arah aliran global, konsep Malaysia Madani dan 7 Teras Nadi Keunggulan KPM.
Komitmen penuh semua pemegang taruh dituntut demi memastikan kurikulum baharu yang dirancang berjaya mencapai matlamatnya.
Hits : 1383