Majlis Berbuka Puasa Guru Insani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
3 April 2024 | Rabu
Sekitar penganjuran Majlis Berbuka Puasa Guru Insani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bersama-sama Anak Yatim dan Asnaf dengan Kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Rabu di Putrajaya.
Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh ini telah turut dihadiri oleh 100 orang anak yatim dan asnaf sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Sekalung penghargaan kepada BSN selaku rakan strategik KPM yang proaktif melaksanakan program-program kolaborasi yang memberi manfaat langsung kepada guru, murid dan seluruh warga pendidikan.
Hits : 486