Majlis Aspirasi Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia 2024
12 Januari 2024 | Jumaat
Majlis Aspirasi Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia 2024 telah berlangsung di Auditorium Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Jumaat.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi. Ia adalah platform khusus untuk menyampaikan hasrat dan aspirasi Dato' Indera Ketua Setiausaha selaku Pegawai Pengawal KPM dalam memastikan pengurusan kewangan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, berintegriti serta mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa kepada seluruh warga KPM.
Majlis ini turut menjadi simbolik kepada perasmian dokumen Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia atau lebih dikenali sebagai APP KPM Tahun 2024 untuk rujukan seluruh warga KPM.
Hits : 1249