Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Anugerah Anak Cemerlang Tahun 2023

Majlis Anugerah Anak Cemerlang Tahun 2023

 

06 September 2024 | Jumaat

 

Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Anugerah Anak Cemerlang Tahun 2023 anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) dan Persatuan Sukan dan Kebudayaan (MESCA) Cawangan Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM). Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi.

 

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg Datuk Haji Ruji antara lain telah memberi penekanan mengenai usaha berterusan KPM bagi menangani isu keciciran pembelajaran.

Seramai 61 orang anak-anak ahli PUSPANITA dan MESCA yang cemerlang dalam

peperiksaan awam tahun 2023 telah diraikan dalam majlis ini.

 

Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah Pengerusi PUSPANITA KPM, YBhg Datin Kamariah binti Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat MESCA KPM, YBrs Encik Ramlan bin Abu Talib.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

#TaatSetia

Hits : 12