Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YB Menteri Pendidikan
19 Januari 2024 | Jumaat
Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YB Menteri Pendidikan telah berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada Jumaat.
Dalam majlis ini, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyampaikan amanat penting yang menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
YB Fadhlina Sidek menyeru seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi tumpuan kepada beberapa prakarsa utama seperti akses pendidikan saksama, peluasan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), peningkatan mutu pendidikan Bahasa Inggeris, membina ekosistem pendidikan digital dan ekspresi aspirasi Malaysia MADANI.
Semua ini hanya boleh dicapai dengan komitmen tinggi seluruh warga KPM dan dengan sokongan setiap lapisan masyarakat.
Ayuh, realisasikan hasrat meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Hits : 11797