Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Liga Piala Remaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah-17 Tahun 2023

Liga Piala Remaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah-17 Tahun 2023
 
02 Disember 2023 | Sabtu
 
Tahniah diucapkan kepada SMK Taman Desa Skudai, Skudai, Johor yang berjaya muncul juara Liga Piala Remaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah-17 Tahun 2023 menewaskan SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis 1-0 pada Sabtu.
 
Tahniah juga kepada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang berjaya menjadi juara pertandingan Piala Menteri Pendidikan Bawah-14 Tahun 2023.
 
Sebanyak 302 perlawanan telah dilangsungkan sepanjang penganjuran Liga Piala Remaja KPM dan Piala Menteri Pendidikan tahun ini yang melibatkan lebih daripada 1400 pemain dalam kalangan murid sekolah KPM.
 
Sepanjang 16 edisi penganjuran pertandingan bertaraf kebangsaan ini, ramai pemain bintang telah berjaya dilahirkan seperti Faisal Halim, Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Syahmi Safari, Syafiq Ahmad dan ramai lagi.
 
KPM akan terus komited menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak negara menerusi penganjuran pertandingan yang berkualiti tinggi di setiap peringkat selain penganjuran pelbagai program pembangunan bakat merentasi kementerian dan agensi.
 

Hits : 2774