Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Labuan
03 - 05 November 2024 | Ahad - Selasa
Sewaktu dalam rangka lawatan kerja ke Labuan, Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg Datuk Haji Ruji Haji Ubi telah berkesempatan melaksanakan pemantauan projek pembangunan institusi pendidikan di SMK Labuan dan SK Patau-Patau.
Projek pembangunan yang sedang berjalan di kedua-dua buah institusi ini melibatkan bangunan blok gantian, tambahan dan kerja menaiktaraf.
Projek bangunan baharu prasekolah di SK Patau-Patau dijangka dapat disiapkan
menjelang sesi persekolahan yang baharu pada tahun hadapan. Ia bertepatan dengan hasrat KPM untuk meningkatkan akses pendidikan di peringkat prasekolah.
Hits : 194