Lawatan Kerja YB Menteri Pendidikan Ke Wilayah Persekutuan Labuan
26 Januari 2024 | Jumaat
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengadakan acara lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan pada Jumaat.
Lawatan kerja yang turut disertai oleh pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dimulakan dengan acara penyerahan peranti dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di SMK Labuan, diikuti dengan pemukiman bersama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan diakhiri dengan sesi perkongsian YB Menteri Pendidikan bersama guru-guru baharu.
'Labuan Bisai'
Hits : 542