Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja Rasmi Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan Ke Sarawak

Lawatan Kerja Rasmi Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek Dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Hing Ke Sarawak
 
14 - 17 September 2023 | Khamis - Ahad
 
Sekitar lawatan kerja rasmi Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Lim Hui Hing ke Sarawak.
 
Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Pendidikan telah melakukan lawatan ke beberapa buah sekolah untuk meninjau sendiri infrastruktur dan penyelenggaraan yang sedang berjalan.
 
Projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sarawak sememangnya menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi tahun 2023 sahaja, sebanyak 195 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di Sarawak telah diluluskan dan kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
 
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Dato' Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pendidikan & Inovasi, YB Datuk Dr Annuar Rapaee, pemimpin-pemimpin tempatan dan komuniti yang telah turut serta dalam lawatan kerja ini.
 
Jalinan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Sarawak adalah amat penting dalam memastikan agenda transformasi pendidikan mencapai matlamatnya.
 

Hits : 577