Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Negeri Sabah

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ke Negeri Sabah
 
04 - 06 Ogos 2023 | Jumaat - Ahad
 
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah pada 4 hingga 6 Ogos 2023.
 
Lawatan kerja ini diadakan bagi memeriksa status pelaksanaan projek pembangunan sekolah-sekolah baharu di Sabah dan status penyelenggaraan sekolah yang telah diberikan peruntukan penyelenggaraan.
 
Beliau telah berkesempatan memeriksa status pembinaan sekolah baharu SMK Kipouvo dan Sekolah Menengah Sains Sabah, melawat pengoperasian Pusat Anak Permata Negara di Kota Kinabalu, SK Api Api dan SK Babagon serta meninjau keadaan Kuarters Institusi Pendidikan Negeri Sabah di Bukit Padang.
 
KPM sentiasa berusaha memastikan semua projek-projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik dan aspek penyelenggaraan juga dilakukan dengan berkesan demi manfaat semua.
 

Hits : 228