Kunjungan Hormat KSU Kementerian Komunikasi Kepada KSU KPM
27 Mac 2025 | Khamis
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa pada Khamis.
Acara kunjungan hormat ini membincangkan beberapa perkara penting seperti ruang kerjasama antara kementerian dalam menambahbaik capaian internet yang lebih pantas di sekolah-sekolah seluruh negara serta kod etika penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan murid.
KPM dan Kementerian Komunikasi sentiasa berkerjasama erat dalam pelbagai perkara bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga pendidikan.
Hadir sama dalam acara kunjung hormat ini adalah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg Datuk Haji Azman bin Haji Adnan.
Hits : 72