Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand, H.E. Ms. Lada Phumas dan Delegasi Princess Maha Chakri Award Foundation

Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand, H.E. Ms. Lada Phumas dan Delegasi Princess Maha Chakri Award Foundation
 
06 September 2023 | Rabu
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thailand, H.E. Ms. Lada Phumas dan delegasi Princess Maha Chakri Award Foundation yang disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi.
 
Princess Maha Chakri Award Foundation mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi tinggi di Asia Tenggara yang memberikan sumbangan besar kepada pendidikan dan pembangunan manusia. Yayasan ini juga menggalakkan pembangunan professional perguruan dan pembangunan pendidikan malah mengeratkan hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan.
 
Turut hadir dalam acara kunjungan hormat ini adalah Ketua Pengarah Pendidikan, YBhg. Datuk Haji Pkharuddin Haji Ghazali, pengurusan tertinggi serta pegawai-pegawai kanan KPM.
 

Hits : 230