Kunjung Hormat Ke Atas Menteri Pendidikan Tinggi
19 Disember 2023 | Selasa
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah mengadakan acara kunjung hormat ke atas Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya pada Selasa.
Pelbagai perkara telah dibincangkan disepanjang acara kunjung hormat ini. Antaranya termasuk ruang kerjasama antara kedua-dua pihak untuk tujuan pengukuhan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan latihan untuk guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited untuk terus bekerjasama erat demi pembangunan ekosistem pendidikan negara yang lebih mampan.
Hits : 2876