KPM Siapsiaga Hadapi Monsun Timur Laut, Berkerjasama Rentas Kementerian Dan Agensi Pastikan Peperiksaan SPM Berjalan Lancar
01 Disember 2024 | Ahad
Telah berlangsung pagi ini Mesyuarat Pengurusan Khas Banjir dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sejurus selepas mesyuarat, YB Menteri Pendidikan telah turut mengadakan sidang media khas bagi memberi maklumat terkini situasi banjir dan berkenaan peperiksaan SPM.
KPM sedia melaksanakan peperiksaan SPM dalam situasi banjir berdasarkan kepada SOP Ops Payung.
Pekeliling menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) kepada seluruh warga KPM juga telah dikeluarkan pada 22 Oktober 2024 manakala Program Kesiapsiagaan Menghadapi MTL dilancarkan pada 28 Oktober 2024.
Calon peperiksaan SPM yang terjejas akan dipindahkan ke asrama dan pusat peperiksaan alternatif. Ini bagi memastikan calon berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.
Bantuan khidmat psikososial turut disediakan oleh jabatan pendidikan negeri (JPN) bagi memastikan kesejahteraan semua calon.
KPM berkerjasama dengan agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar.
Hits : 29