Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

KPM Pantau Keadaan Infrastruktur Pendidikan Di Lawas, Sarawak, Komited Pastikan Akses Pendidikan Terbaik Untuk Semua Murid

KPM Pantau Keadaan Infrastruktur Pendidikan Di Lawas, Sarawak, Komited Pastikan Akses Pendidikan Terbaik Untuk Semua Murid

 

05 Februari 2025 | Rabu

 

Sekitar lawatan kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim ke Lawas, Sarawak pada hari ini.

 

Antara lokasi tumpuan lawatan kerja YBhg Datuk Timbalan Ketua Setiausaha adalah di Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, SMK Lawas, SK Long Sukang dan SK Siang-Siang.

SMK Lawas yang telah mengalami kebakaran sebelum ini sedang dalam fasa untuk dibangunkan semula dengan pembinaan projek bangunan bilik darjah baharu.

 

SK Long Sukang pula telah diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, KPM akan menyediakan kabin sementara untuk dijadikan bilik darjah. Tinjauan turut dilakukan di SK Siang-Siang yang terkesan akibat musibah banjir pada minggu lalu. Sekolah ini akan dinaik taraf.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat.

Hits : 1493