Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual

Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual

 

16 Mac 2024 | Sabtu

 

Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual telah berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

 

Konvensyen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai peranan yang perlu dimainkan untuk melindungi murid daripada jenayah seksual.

Golongan pendidik turut diseru untuk memastikan setiap kes jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

 

Dalam ucapan beliau, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menyatakan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan ekosistem sekolah yang selamat untuk semua murid. Kod Sukan Selamat yang baharu diperkenalkan dan inisiatif untuk menambah bilangan guru kaunseling adalah antara langkah yang diambil KPM untuk mengekang jenayah seksual di sekolah.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#PendidikanManusiawi

Hits : 229