Ketua Setiausaha KPM Lawat Murid Mangsa Kebakaran Paip Gas Putra Heights
Petang ini Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim telah melawat murid mangsa kejadian kebakaran paip gas Putra Heights yang sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
YBhg Dato’ Ketua Setiausaha memberi jaminan bahawa KPM akan memberi bantuan terbaik kepada murid, guru dan warga institusi pendidikan yang terjejas. Ini termasuk bantuan barangan persekolahan dan khidmat sokongan psikososial. Beliau telah turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Didik Negara.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), YBrs Dr Mohd Azam bin Ahmad telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights. Beliau telah menyantuni mangsa terjejas terutamanya dalam kalangan murid, guru dan warga institusi pendidikan KPM.
Hits : 327