Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Lakukan Tinjauan Ke Institusi Pendidikan Terjejas Banjir Di Sarawak
03 - 04 Februari 2025 | Isnin – Selasa
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBrs Tuan Haji Azman bin Haji Adnan yang sedang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak bagi memantau operasi institusi pendidikan dalam situasi banjir berkesempatan menyantuni warga SMKA Miri pada Isnin.
Walaupun SMKA Miri turut terjejas banjir, ia dapat ditangani dengan baik oleh pihak sekolah. Operasi pendidikan termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Dalam sesi lawatan kerja ini, YBrs Tuan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah diberi taklimat oleh Pengetua SMKA Miri berkenaan kesiapsiagaan sekolah menghadapi cuaca tidak menentu.
Turut hadir bersama-sama dalam lawatan di SMKA Miri adalah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, YBrs Encik Omar bin Mahli.
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dalam menghadapi situasi banjir.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selain melakukan tinjauan ke institusi pendidikan terjejas banjir, YBrs Tuan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia turut mengadakan lawatan ke institusi yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Setakat hari ini, sebanyak 10 PPS di institusi Kementerian Pendidikan (KPM) masih beroperasi di Sarawak.
KPM komited memastikan pengoperasian institusi pendidikan termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar dalam situasi banjir. Aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga pendidikan sentiasa menjadi perhatian.
Turut hadir bersama-sama dalam rangka lawatan kerja ke kawasan terjejas banjir di Sarawak adalah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, YBrs Encik Omar bin Mahli.
Hits : 568