Kempen 1 Juta Poskad Palestin Merdeka Peringkat KPM
20 Februari 2024 | Selasa
Kempen 1 juta Poskad Palestin Merdeka peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah dilancarkan oleh Ops Ihsan dan kerjasama POS Malaysia pada Selasa.
Acara yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ini adalah satu bentuk manifestasi solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.
Turut hadir sama bagi menjayakan acara ini adalah Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, Ketua Setiausaha KPM, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Azman Adnan.
Ayuh kita zahirkan sokongan berterusan kepada Palestin.
Hits : 366