YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN KEKOSONGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2024
Dengan hormatnya saya mohon perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
Bil. |
Jawatan |
Gred |
i. |
Pensyarah (Akademik) |
DG44/DG48/DG52/DG54 (KUP) |
ii. |
Pegawai Kaunseling |
DG44/DG48 (KUP) |
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan adalah dimohon agar dapat menghebahkan dan memaklumkan perkara ini kepada semua pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan untuk perhatian selanjutnya. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
4. Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang lengkap hendaklah dimuatnaik di pautan : https://shorturl.at/QJXq8 dan dihantar ke alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p. Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)
5. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti di bawah:
i. |
Puan Noradila binti Nizam |
: 03-8884 4060 |
ii. |
Puan Norhanizah binti Yaakob |
: 03-8884 4081 |
iii. |
Puan Suhaidah binti Mohammad |
: 03-8884 4067 |
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.
Sekian.
Hits : 12893