Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kekosongan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Kolej Matrikulasi, KPM Tahun 2024

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN KEKOSONGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2024

 

Dengan hormatnya saya mohon perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung dengan perkara di atas.

 

2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi ingin mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 

Bil.

Jawatan

Gred

i.

Pensyarah (Akademik)

DG44/DG48/DG52/DG54 (KUP)

ii.

Pegawai Kaunseling

DG44/DG48 (KUP)

 

3.         Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan adalah dimohon agar dapat menghebahkan dan memaklumkan perkara ini kepada semua pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan untuk perhatian selanjutnya. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

 

  1. Iklan kekosongan jawatan (Lampiran A); dan
  2. Borang Permohonan (Lampiran B1/B2).
  3. Kekosongan Jawatan (Lampiran C)

 

 

4.       Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang lengkap hendaklah dimuatnaik di pautan : https://shorturl.at/QJXq8 dan dihantar ke alamat berikut:

 

Pengarah

Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p. Unit Perkhidmatan, Saraan dan Perjawatan)

 

5.       Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti di bawah:

 

i.

Puan Noradila binti Nizam

: 03-8884 4060

ii.

Puan Norhanizah binti Yaakob

: 03-8884 4081

iii.

Puan Suhaidah binti Mohammad

: 03-8884 4067

 

 

Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 346