HEBAHAN KEKOSONGAN JAWATAN PUBLICATION AND MULTIMEDIA SPECIALIST DI PEJABAT SEKRETARIAT SEAMEO DI BANGKOK, THAILAND
YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjamansebagai Publication and Multimedia Specialist di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Publication and Multimedia Specialist adalah bertanggungjawab untuk menyelaras projek dan penerbitan yang berkaitan dengan SEAMEO dengan ditawarkan gaji dan elaun sepertimana yang ditetapkan dalam Post Description dan tertakluk kepada kelayakan serta kontrak yang ditawarkan oleh Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
i Iklan kekosongan jawatan seperti di Lampiran A;
ii Borang Permohonan KPM seperti di Lampiran B;
iii Post Description seperti di Lampiran C;
iv Job Application Form seperti di Lampiran D;
v SEAMEO Secretariat Staff Rules and Regulations seperti di Lampiran E; dan
vi Privileges of Professional Staff seperti di Lampiran F.
- Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 30 September 2022 (Jumaat):
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiraan Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p: Sektor Pelbagai Hala/Serantau)
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Nur Azwa binti Zynuddin di talian 03-8884 6196 atau emel: nurazwa.zynuddin@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hits : 3522