YBhg. Datuk/ Dato‘/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk dicalonkan secara peminjaman sebagai Programme Officer I (Policy and Planning) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Programme Officer adalah bertanggungjawab untuk menyelaras projek yang berkaitan dengan SEAMEO dengan ditawarkan gaji dan elaun sepertimana yang ditetapkan dalam Post Description (Lampiran C) dan tertakluk kepada kelayakan serta kontrak yang ditawarkan oleh Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand. Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:
3. Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dan menepati kriteria boleh mengemukakan permohonan kepada Sektor Pelbagai Hala/Serantau di alamat berikut sebelum atau pada 30 April 2021 (Jumaat):
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Cik Sharizad binti Sulaiman di talian 03-8884 6196.
Sekian, terima kasih.
Hits : 6330