Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia Dalam Regeneron International Science And Engineering Fair 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Regeneron International Science and Engineering Fair 2023 yang telah berlangsung pada 13 hingga 19 Mei 2023 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat. Pasukan Malaysia yang dianggotai oleh 15 orang murid sekolah menengah, lima orang guru pembimbing dan diiringi oleh dua orang pegawai telah berjaya merangkul tiga anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut.

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 telah menyenarai pendek enam buah projek inovasi untuk dipertandingkan dalam Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2023 anjuran Society for Science. Pertandingan inovasi sains antarabangsa terbesar dunia ini mengumpulkan sebanyak 1,324 projek inovasi dan 1,638 murid dari 64 buah negara pada tahun ini.

Para peserta dan guru telah mengambil masa selama setahun untuk melaksanakan penyelidikan saintifik bagi menghasilkan produk inovasi sains dan kejuruteraan mereka serta melalui tiga fasa saringan oleh Scientific Review Comiittee yang dilantik oleh KPM. Projek inovasi yang telah berjaya membawa pulang pingat terdiri daripada;

 
3rd Grand Award in Materials Science Category
Organic Wastes as Additive in Artificial Asphalt Production
SMK Kampong Selamat, Pulau Pinang
 

4th Grand Award in Chemistry Category
Turmeric and Clove Combined Extract as Nilaparvata Lugens Repellent

SMJK Heng Ee, Pulau Pinang

4th Grand Award in Chemistry Category
Peanut Oil and Lemongrass Essential Oil Spray
SMJK Chung Ling, Pulau Pinang
 

KPM turut mengucapkan tahniah kepada tiga lagi pasukan yang mewakili negara sebagai finalis dalam Regeneron ISEF 2023;

Finalists in Embedded Systems Category
Blind Swimmer Sensory Device 2.0

Sekolah Sultan Alam Shah, WP Putrajaya

Finalists in Environmental Engineering Category
Bio-rean: Biodegradable Durian Husk Pot

SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Kedah

Finalists in Mathematics Category
New Variant of Prime Factorization Algorithm

SMJK Chung Ling, Pulau Pinang

KPM amat berharap pencapaian pasukan KPM akan terus memberi inspirasi kepada murid dan guru seluruh negara untuk menceburkan diri dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan serta menyemarakkan lagi pendidikan STEM demi melahirkan lebih ramai saintis cilik dalam kalangan murid sekolah. Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada murid dan guru yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa!

Hits : 303