Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Murid Dalam International Physics Olympiad (IPhO) 2023

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan Malaysia dalam 53rd International Physics Olympiad (IPhO) 2023 yang telah diadakan secara bersemuka pada 10 hingga 17 Julai 2023 di Tokyo, Jepun. Pasukan negara yang dianggotai oleh lima orang peserta telah berjaya merangkul tiga anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut. Salah seorang peserta yang mewakili negara merupakan murid sekolah menengah iaitu Phuah Jun Xi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Selangor berjaya menempatkan diri dalam pasukan Malaysia melalui persaingan yang sengit.
 
IPhO 2023 merupakan pertandingan terulung dalam bidang fizik yang melibatkan peserta daripada 82 buah negara. Peserta perlu bersaing secara individu untuk menyelesaikan masalah fizik bertaraf universiti dalam ujian amali (melakukan dua (2) eksperimen dalam tempoh lima (5) jam) dan ujian teori (menjawab tiga (3) soalan dalam tempoh lima (5) jam). Secara keseluruhan, pasukan Malaysia telah memenangi satu pingat perak dan dua pingat gangsa.
 
Syabas dan tahniah buat pasukan Malaysia!
 
 
International Physics Olympiad IPhO 2023
 

 

Hits : 261