Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Murid Dalam F1 In Schools World Finals 2022

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan KPM dalam F1 In Schools World Finals 2022 yang telah berlangsung secara hibrid bermula pada 10 hingga 14 Julai 2022 di Silverstone International Conference and Exhibition Centre, United Kingdom. KPM telah menghantar 3 pasukan F1 In Schools yang dianggotai oleh 14 orang murid sekolah menengah dan 3 orang guru pembimbing telah berjaya merangkul tiga anugerah dalam pertandingan berprestij peringkat antarabangsa.

 

Anugerah Best Identity Award
Team Ecolest9
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
 
Anugerah Pit Display Award
Team Ecolest9
SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
 
Anugerah Innovative Thinking Award
Team Bitara
Kolej Genius@PINTAR Negara & Kolej Vokasional Sepang
 

KPM juga turut berbangga dengan pencapaian Team Propulsar yang merupakan gabungan pasukan dari SMK Bandar Putra, Kulai, Johor dan Harland International School, Emiriah Arab Bersatu yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan tersebut berlangsung.

KPM melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian akan meneruskan penganjuran F1 In Schools Malaysia National Finals pada tahun 2022 bagi mencari pasukan yang akan menghasilkan model kereta lumba mini F1 terbaik untuk dipertandingkan dalam F1 In Schools World Finals 2023. Maklumat lanjut dan pendaftaran pasukan boleh diakses melalui pautan www.f1inschoolsmalaysia.com.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat pasukan KPM yang telah berjaya menempa nama di persada antarabangsa!

 

1 ECOLEST9 SMK SEKSYEN 9 SHAH ALAM   2 BITARA KGPN KVS

3 PROPULSAR SMK BANDAR PUTRA 2

Hits : 1602