Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Murid Dalam Broadcom Masters® International Bersempena Regeneron International Science And Engineering Fair (ISEF) 2022

1 Logo Korporat KPM BM

Kejayaan Murid Dalam Broadcom Masters® International Bersempena Regeneron International Science And Engineering Fair (ISEF) 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pemilihan murid Ezzati Hanis Khairuzzaman murid Tingkatan 3 dari Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang telah mewakili Malaysia dalam Program Broadcom MASTERS® International yang diadakan bersempena Regeneron International Science Fair (ISEF) 2022 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 7 hingga 13 Mei 2022. Seramai 25 peserta daripada 22 negara terpilih menerima tajaan pembiayaan termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan minum sepanjang program ini berlangsung.

Ezzati Hanis dipilih menyertai program berprestij ini berdasarkan pencapaian cemerlang dalam Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM. Melalui program Broadcom MASTERS International, Ezzati Hanis telah membentangkan dapatan projek inovasi yang dihasilkan dan berkongsi ilmu bersama Broadcom MASTERS yang lain. Ezzati Hanis turut dianugerahkan "Class Speaker Award" atas penglibatan aktif dalam program berkenaan. Selain daripada itu, Ezzati Hanis berpeluang melawat universiti tempatan di Atlanta, Georgia, tempat-tempat berkaitan sains dan mengikuti penganjuran Regeneron ISEF 2022 secara lebih dekat. Pendekatan program ini secara "hands on" bertujuan memberi pendedahan kepada murid menengah rendah kepada bidang pekerjaan baharu dalam bidang STEM.

Ezzati Hanis telah turut serta ke Atlanta, Georgia bersama-sama pasukan Malaysia yang menyertai Regeneron ISEF 2022. Penyertaan murid pada kali ini merupakan penyertaan pertama secara bersemuka di luar negara pasca pandemik Covid-19. KPM berharap kejayaan Ezzati Hanis mewakili KPM sebagai duta kecil Malaysia menjadi inspirasi kepada murid seluruh negara untuk terus menceburkan diri dalam bidang STEM serta membudayakan pembelajaran secara inkuiri serta mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah demi melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ezzati Hanis Khairuzzaman!

 

ISEF_2022_1.jpg   ISEF 2022 2

ISEF 2022 3

 

Hits : 1764