Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Murid Dalam 52nd International Physics Olympiad 2022

1 Logo Korporat KPM BM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan cemerlang pasukan Malaysia dalam 52nd International Physics Olympiad (IPhO) 2022 yang telah diadakan secara dalam talian pada 10 hingga 17 Julai 2022 di Switzerland. Pasukan negara yang dianggotai oleh empat (4) orang peserta telah berjaya merangkul empat (4) anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut. Dua (2) peserta yang mewakili negara merupakan murid sekolah menengah iaitu Lim Yu Cheng dari SMK Damansara Jaya, Selangor dan Matthew Heng Yu Jies dari SMJK Jit Sin, Pulau Pinang.

IPhO 2022 merupakan pertandingan terulung dalam bidang fizik yang melibatkan murid sekolah menengah daripada 80 buah negara. Para peserta bersaing secara individu untuk menyelesaikan masalah fizik bertaraf universiti dalam ujian amali (melakukan dua (2) eksperimen dalam tempoh lima (5) jam) dan ujian teori (menjawab tiga (3) soalan dalam tempoh lima (5) jam). Bagi IPhO 2022, para peserta berpeluang melakukan eksperimen secara maya melibatkan proses jatuhan bebas sebutir bola di sebuah planet asing, dan menyiasat sifat elektrik diod berbentuk silinder. Dalam ujian teori pula, para peserta telah meneroka sifat magnet kekal, rekabentuk kejuruteraan Teleskop Angkasa James Webb, dan hukum berskala dalam pelbagai cabang fizik.

Secara keseluruhan, pasukan Malaysia telah memenangi (tiga) 3 pingat gangsa dan satu (1) Honourable Mention.

52nd International Physics Olympiad 2022 1 52nd International Physics Olympiad 2022 2

 

Hits : 1200