Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kejayaan Murid Dalam 19th World Robot Olympiad Dortmund, Germany 2022

1 Logo Korporat KPM BM

MAKLUMAN KEJAYAAN MURID DALAM 19TH WORLD ROBOT OLYMPIAD DORTMUND, GERMANY 2022

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru yang terlibat   serta   rakan   strategik Sasbadi Holdings Berhad atas kejayaan cemerlang dalam 19th World Robot Olympiad (WRO) Dortmund, Germany 2022 dengan tema My Robot My Friend yang berlangsung dari 17 hingga 19 November 2022 di Messe Dortmund, Jerman. Seramai 365 pasukan yang terdiri daripada 2049 orang murid daripada 73 buah negara dari seluruh dunia telah turut serta dalam pertandingan pada tahun ini.

Kontinjen Malaysia telah disertai oleh seramai 43 orang yang terdiri daripada pegawai KPM, sembilan (9) orang guru pembimbing, enam (6) orang murid sekolah rendah dan 21   orang   murid   sekolah   menengah.   Kontinjen   Malaysia   juga       terdiri   daripada satu (1) pasukan daripada Institut Perguruan Guru Kampus Sarawak.

Pasukan KPM telah mengharumkan nama negara di persada dunia dengan memenangi dua (2) pingat perak dalam kategori Future Innovators (Elementary) dan Robosports serta satu pingat gangsa dalam kategori RoboMission (Elementary). Kontinjen Malaysia juga telah mendapat dua (2) anugerah Excellence Awards bagi kategori Future Innovators (Junior High) dan Future Engineers. Senarai anugerah yang dimenangi oleh pasukan negara adalah seperti berikut;

Tempat Kedua
Future Innovators (Elementary)
SJKC Jalan Davidson, WP Kuala Lumpur
 
Tempat Kedua
Robosports
SMK Chung Hua (CF) Miri, Sarawak
 
Tempat Ketiga
RoboMission (Elementary)
SJKC Taman Connaught, WP Kuala Lumpur
 
Excellence Awards
Future Innovators (Junior High)
SMJK Katholik, Selangor
Future Engineers
IPG Kampus Sarawak
 
Finalis
 
Future Innovators (Senior High)
SMK Tinggi Batu Pahat, Johor
 
RoboMission (Junior High)
SMK Bukit Goh, Pahang
SM Sains Kota Tinggi, Johor
 
RoboMission (Senior High)
SMK Chung Hua (CF) Miri, Sarawak SMJK Chan Wa, Negeri Sembilan
 

Pencapaian pasukan negara kali ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada murid dan guru seluruh negara untuk terus menceburkan diri dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) serta membudayakan pendidikan digital dan robotik serta mengukuhkan pendidikan STEM di sekolah demi melahirkan murid yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru terlibat!

 

1 Kontinjen Malaysia  2 SJKC Jalan Davidson Pingat Perak Future Innovators Elementary

3 SMK Chung Hua Miri Pingat Perak Robosports  4 SJKC Taman Connaught Pingat Gangsa Robomission Elementary

 

5_SMJK_Katholik-Excellence_Awards_Future_Innovators.jpeg  6 IPGK Sarawak Excellence Awards Future Engineers

 

 

 

Hits : 729